Rabu, 6 April 2011

Alim Bakal Ambik Alih Tempat Apex?

Alim ganti Apex? Itulah persoalan yang kini bermain di minda para penyokong bolasepak setelah skuad Red Warriors mengalami sedikit 'krisis' sejak akhir-akhir ini. Wajarkah Apex direhatkan? Jawapan orang ramai pastinya tidak kerana mereka masih menaruh harapan yang tinggi kepada penjaga gol kebangsaan itu berbanding penjaga gol 'veteran' Red Warriors.

Namun begitu, jika benar Halim Napi dipanggil semula untuk membarisi skuad kesebelasan utama, pastinya para penyokong tidak sabar untuk melihat aksi penuh 'berani' Halim. Halim sangat terkenal dengan sikap panas barannya di atas padang dan beliau antara penjaga gol paling 'berusia' dalam kancah Liga Malaysia. Kecekapan dan skill yang tinggi dimiliki oleh Apex juga kononnya 'diperturunkan' daripada Halim. Tidak hairan la Apex menjadi penjaga gol terbaik kebangsaan kerana dahulunya, Halim juga antara penjaga gol kebangsaan yang paling dihormati baik di atas padang mahupun di luar padang.



Tragedi 'belasah' Aidil beberapa tahun lalu antara bukti penjaga gol veteran itu tidak boleh 'dicabar.' Halim sebelum ini pernah mencipta kejayaan bersama The Red Warriors. Antaranya ialah beliau turut membantu Red Warriors mara ke Final Piala FA 2009 meskipun beliau sering dipalit dengan kontroversi yang tidak berkesudahan. Mungkin kerana rezeki beliau, KAFA menawarkan beliau kontrak untuk beraksi kembali memandangkan sebelum ini beliau kerap digantung.



Oleh kerana Apex bakal terlibat dalam Kelayakan Sukan Olimpik, sentuhan Halim pastinya bakal diuji tidak lama lagi di samping rakan baiknya, Shahrizan Ismail. Apa-apa pun keputusan daripada jurulatih Red Warriors, para penyokong perlu menunggu kesahihannya. Jika Alim kembali di pintu gawangnya pada 9 april ini, pihak lawan akan berfikir panjang untuk berdepan dengan beliau!

3 ulasan:

::melur:: berkata...

idop apex !

Firz Putra berkata...

Apex the best...

Tanpa Nama berkata...

Halim ore gedebe...

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...