Rabu, 13 April 2011

Arena Bola :Apex Sudah Tidak Kebal Lagi?


Benarkah Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex kini sudah tidak sehebat dulu?

Kekalahan terbaru The Red Warriors kepada Perak seakan-akan satu mimpi buruk. Mana tidaknya apabila Kelantan dibelasah teruk 4-0 di Stadium Ipoh malam tadi. Semua peminat bolasepak terutamanya penyokong setia The Red Warriors terkial-kial setelah melihat aksi yang dipamerkan oleh pasukan kesayangan mereka.



Jika kekalahan yang melibatkan gol bolos yang sedikit masih mampu untuk diterima penyokong TRW, namun kekalahan 4-0 ini seolah-olah menjadi tanda tanya kepada mereka sehingga ada yang beranggapan terdapat pemain Kelantan yang 'dibayar' untuk memberi aksi sedemikian.

Jika dilihat pada statistik, musim lalu Apex hanya memboloskan 14 gol daripada 26 perlawanan Liga Super 2010. Namun bagi musim ini, Apex kini telah melepaskan 14 gol daripada 11 perlawanan Liga Super! Apa dah jadi? Adakah populariti selaku Penjaga Gol utama Skuad Kebangsaan telah memberikan tekanan kepada beliau? Atau kerana publiti daripada media baik dalam padang mahupun di luar padang yang menyebabkan Apex seakan-akan 'hanyut'?



Perlawanan bertemu Perak malam tadi telah mengaibkan beliau di hadapan kira-kira 35,000 penyokong Perak dan Kelantan apabila beliau gagal mempertahankan gawang The Red Warriors daripada pihak lawan. Empat pemain Perak mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan mereka seakan-akan meledakkan gol secara bersahaja.

Arena Bola mencadangkan agar Khairul Fahmi direhatkan sepertimana yang sedang dijalani oleh Kapten The Red Warriors, Badri Radzi untuk memastikan Apex kembali pulih sama ada dari segi fizikal dan mentaliti.

Coach M.Karathu diharap mampu melakukan 'bedah siasat' terhadap skuadnya agar 'virus' yang kini dihidapi The Red Warriors dapat diatasi segera.

3 ulasan:

Firz Putra berkata...

Apakah masalah yang kini bermain di fikiran Apex??? Atau Adakah Apex kini semakin merudum prestasinya?

Tanpa Nama berkata...

apex baloh nga kasih @ gewe ye kot...

Firz Putra berkata...

@Tanpa Namaksih??hahaha...ye kot.

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...