Rabu, 13 April 2011

Bedah Siasat TRW :Shahrizan, Halim Dan Wan Rohaimi Kini Disebut Kembali!






                                                                                                                







Setelah merungkai tentang kekecewaan Pemain ke12 The Red Warriors, kini Arena Bola ingin membicarakan tentang langkah yang patut diambil oleh Boss besar Kelantan, Datuk M. Karathu bagi memastikan Kelantan terus bernyawa dengan penuh harapan untuk menghadapi kancah Liga M yang penuh mencabar ini.

Menyedari Kelantan kini sudah semakin kurang konsisten dalam beberapa aksi Liga sebelum ini, Arena Bola cuba mendapatkan penjelasan dan komen membina daripada Pemain ke12 The Red Warriors. Antara komen-komen mereka ialah mereka mencadangkan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) direhatkan untuk seketika  memandangkan Apex sebelum ini kerap kali beraksi secara 'all out' dalam Liga Super dan Misi skuad negara dalam Kelayakan Sukan Olimpik.


Ini merupakan antara bukti komen yang diluahkan oleh peminat setia Bolasepak Kelantan malam tadi melalui Facebook Arena Bola(Penyokong Fanatik Kijang Emas) :



Jika diperhalusi, jelas sekali nama 'Mat Chah'(Shahrizan Ismail), 'Alim'(Halim Napi) dan 'Wan Rohaimi' disebut oleh para penyokong Kelantan untuk memperbaiki barisan The Red Warriors yang sedia ada. 



Menurut 'Kawe Gambate Kelate', beliau menyuarakan cadangan supaya Kelantan menggunakan 'cara Sathia.' Ini kerana Sathia sering memberi peluang kepada muka-muka simpanan beraksi manakala pemain utama akan direhatkan sementara waktu. Jelas sekali cara Sathia telah menjulang Kelantan sebagai Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia musim lalu.


Apa-apa pun semua penyokong Kelantan inginkan tindakan drastik daripada jurulatih Kelantan kerana mereka tidak mahu Kelantan senasib dengan Negeri Sembilan yang kini berada di tangga ke-12.
Janganlah jurulatih menangguh-nangguhkan perkara ini kerana jangan sampai Kelantan jatuh ke tangga ke 10 Liga Super, baru hendak bertindak.


KAFA , Tolong la KAMI,,,TRW FANS!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://eekshop.com
two Charles Atlas

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...