Sabtu, 9 April 2011

Bertemu Felda United, The Red Warriors Waspada

Setelah dikecewakan secara mengejut oleh pasukan bukan pilihan selasa lalu, Kelantan tidak ingin lagi 'pisang berbuah dua kali.' Ini kerana mereka tidak ingin skrip tahun lalu berlaku lagi yang menyaksikan mereka gagal menjulang Piala Liga Super Malaysia gara-gara aksi kurang konsisten The Red Warriors. Kini The Red Warriors telah tewas dua kali daripada sembilan aksi setakat ini. Namun kekalahan itu terjadi di luar Kota Bharu dan ianya tidaklah terlalu merisaukan para penyokong memandangkan The Red Warriors masih gah dengan rekod tanpa kalah di Kota Bharu


Berbalik kepada aksi yang bakal berlangsung pada malam ini, semestinya kelebihan berpihak kepada pasukan The Red Warriors yang akan 'ditemani' oleh kira-kira 28,000 orang penyokong setia The Red Warriors. Lautan merah bakal memenuhi stadium pada seawal jam 6 petang. Jelas sekali penyokong tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri aksi yang bakal menjanjikan kepuasan kepada mereka semua.

Dikhabarkan kapten pasukan The Red Warriors, Badri Radzi bakal direhatkan kerana mengalami kecederaan ringan. Apa-apa pun semua bergantung kepada perkembangan kecergasan beliau yang akan menentukan sama ada beliau akan turun atau menyerahkan tugas selaku kapten pasukan kepada NorShahrul Idlan Talaha. Sekiranya benar Badri disisihkan pada malam ini, barisan tengah The Red Warriors bakal kehilangan 'magik' daripada Badri yang kerap mencipta peluang kepada rakan sepasukan sewaktu bertemu Felda United pada aksi Piala FA tempoh hari.

Di barisan tengah malam ini akan menjadi tanggungjawab 'supersub' The Red Warriors, Danial Fadly Abdullah yang dilihat cukup bijak menghidu peluang untuk mendapatkan gol. Pada aksi bertemu T-Team selasa lalu, Danial fadly masuk selaku pemain simpanan dan beliau berjaya meledak dua gol penting untuk memastikan The Red Warriors tidak diaibkan oleh T-Team dengan jumlah gol yang besar.

Kelincahan pemain muda kelahiran Kedah, S.Chanturu juga semakin mantap musim ini memandangkan beliau diberi tanggungjawab untuk mengemudi barisan serangan The Red Warriors. Pada aksi bertemu T-Team lalu, Chanturu berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti yang terus menewaskan penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa.

Lain pula ceritanya di bahagian benteng pertahanan The Red Warriors sejak akhir-akhir ini. Ini kerana empat gol yang dibolosi pemain T-Team adalah bukti bahawa barisan pertahanan The Red Warriors mudah 'bocor.' Meskipun mempunyai beberapa tonggak yang berpengalaman seperti Subramaniam dan Farisham, The Red Warriors masih belum mampu menampilkan corak bertahan yang lebih utuh musim ini. Jelas sekali kehilangan Azizi Mat Rose benar-benar dirasai oleh barisan 'defender' The Red Warriors.

Di Gawang gol pula masih menjadi persoalan sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Halim Napi selaku penjaga gol pada malam ini. Prestasi yang agak kurang meyakinkan Khairul Fahmi pada aksi sebelum ini mungkin memaksa beliau berehat seketika. Namun, adakah para penyokong mampu mengharapkan penjaga gol veteran untuk mengawal gawang The Red Warriors pada malam ini? Jawapannya hanya akan terjawap pada malam ini kerana keputusan berada di tangan Coach M.Karathu.

Diharap The Red warriors mampu bangkit dengan kemenangan dan menjadikan tregedi selasa lalu sebagai pengajaran bahawa setiap pasukan yang lemah juga mempunyai peluang untuk menang. Bola itu bulat..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelate buleh mene boh....

Tanpa Nama berkata...

gomo kelate gomo!!

Firz Putra berkata...

@Anonymous

gomo sengoti..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...