Ahad, 3 April 2011

The Red Warriors Pasukan Bolasepak Tertua Di Pantai Timur Malaysia!

[Logo Pasukan Bolasepak Kelantan Tahun 90-an]



[Logo Bolasepak Kelantan Tahun 2006-2010]



[Logo Bolasepak Kelantan Bermula Tahun 2011]

Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 4 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009 dan terbaru 2010.



[The Red Warriors Juara Piala Malaysia 2010 dan Juara Piala Sumbangsih 2011]


[The Red Warriors Menjulang Piala Malaysia 2010]



[Khairul Fahmi dan Badri Radzi Mempamerkan Trofi Piala Sumbangsih 2011]


Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar


SEMOGA PASUKAN THE RED WARRIORS TERUS MAJU KE HADAPAN ..BERSESUAIANDENGAN SLOGAN GO MORE KELATE GO MORE!! KELATE HEBAT SENGOTI!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...