Ahad, 3 April 2011

Benam Harimau Muda A Petanda Baik Untuk Red Warriors.


Kejayaan membenam cabaran Harimau Muda A jumaat lalu jelas sekali menggambarkan betapa Skuad kendalian Datuk M. Karathu kini mula berada pada prestasi sebenar sepertimana yang ditonjolkan pada awal musim yang menyaksikan The Red Warriors menjulang Piala Sumbangsih 2011 di Shah Alam.

Para penyokong setia Red Warriors terutamanya pasti berasa lega dengan kualiti permainan yang dipamerkan meskipun menyedari pertembungan dengan Harimau Muda A lalu memaksa pasukan kegemaran mereka bekerja keras untuk memperoleh 3 mata penuh. Meskipun corak permainan Red Warriors agak tersusun pada malam itu ,namun barisan penggempur Kelantan masih gagal memanfaatkan peluang-peluang terbaik terutamanya menerusi pemain 'Ekspress',S.Chanturu.



Bagi jurulatih Red Warriors, Datuk M.Karathu jelas sekali benar-benar berpuas hati dengan aksi yang telah dipersembahkan oleh anak didiknya dan beliau mengharapkan agar anak didiknya akan terus bangkit memberi saingan dalam kancah Liga Malaysia. Selain itu, Datuk M. Karathu juga mengakui pertukaran kapten pasukan, Badri radzi pada awal separuh masa kedua telah menggangu tempo permainan pasukan. Namun Boss Kelantan itu tetap optimis pasukan The Red Warrios mampu mencatatkan kejayaan di Kuala Terengganu pada aksi Liga Super berikutnya. Aksi Liga Super 5 April ini bakal menemukan Kelantan dengan musuh tradisi, Terengganu T-Team di tempat lawan.

SAMA-SAMA DOAKAN AGAR KEJAYAAN THE RED WARRIORS BERTERUSAN!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...