Ahad, 3 April 2011

TTeam Mula Mendapat Rentak,The Red Warriors Perlu Waspada.


The Red Warriors perlu berwaspada andainya tidak  mahu berputih mata pada aksi bertemu T-Team nanti. Hal ini demikian kerana seteru mereka itu berjaya mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Sabah dalam saingan Liga Super semalam. Jelas sekali hajat T-Team untuk mencatat kemenangan kedua akhirnya tercapai dengan kebangkitan prestasi beberapa pemain mereka terutamanya Haris Safwan,NorFarhan dan Zairo Anuar.

Beraksi dalam keadaan hujan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, anak-anak buah Yunus Alif itu jelas menguasai permainan untuk mengutip tiga mata berharga. Rentak kemenangan T-Team bermula seawal minit kedua menerusi jaringan Haris Safwan yang mudah memperdayakan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein. Enam minit kemudian, tuan rumah selesa mendahului dua gol, kali ini menerusi jaringan Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter. Norfarhan Mohammad terus menambah derita skuad Sabah dengan gol ketiga pada minit ke-41.

Sabah yang turut memburu kemenangan kedua memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-65, namun tandukan Razlan Oto sekadar terkena tiang gol.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, tuan rumah, Selangor terus bernafsu memburu kemenangan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Pahang.

Negeri Sembilan pula sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Paroi.

Kuala Lumpur dihampakan 0-1 oleh Kedah pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras sementara Perak menepati ramalan apabila menewaskan Felda United 1-0 di Stadium Perak, Ipoh.
Perlis pula seri 2-2 dengan Johor FC di Kangar.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...