Ahad, 3 April 2011

Peter Butler Antara Perintis Kebangkitan The Red Warriors Dalam Arena Bolasepak Malaysia.


Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia.


[Peter Butler berjaya membawa Kelantan ke Final Piala FA setelah sekian lama kempunan]


 Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama.


[Persembahan kelantan dalam kancah Liga Super buat kali pertama dalam sejarah pasukan]

 Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

1 ulasan:

Ali Sabki berkata...

Selamat Kembali Peter!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...